Alhamdulillah, mimpi menjadi realiti apabila saya telah diberi peluang berharga bersiaran di rancangan Malaysia Hari ini (MHI). . Suatu pengalaman yang hebat untuk 2019 kerana sejak dari tahun lepas lagi saya sudah meletakkan impian bersiaran di MHI di dalam Vision Board saya. . Kenapa MHI? Sebab ibu dan ayah saya selalu menonton rancangan ini pada awal pagi. . Sememangnya saya berhajat untuk suatu hari nanti, ibu bapa saya berpeluang untuk melihat anak yang mereka besarkan ini dapat membanggakan mereka dengan bersiaran di rancangan yang mereka selalu tonton. . Bagi yang tidak berkesempatan menonton perkongsian saya, bolehlah klik di link ini untuk menontonnya. . Selamat menonton 😊