7 Tips Tahu Keputusan Temuduga

7 TIPS TAHU KEPUTUSAN TEMUDUGA DARI BAHASA BADAN PENEMUDUGA

Pada entri kali ini, saya akan kongsikan pula bagaimana kita boleh mengetahui sama ada  telah berjaya atau tidak dalam temuduga.

Di sini saya akan kongsikan 7 petunjuk dari gaya bahasa badan penemuduga sama ada kita berjaya atau sebaliknya:

interview

1. Sekiranya anda mendapati hujung kasut penemuduga menghala ke arah pintu, maknanya beliau telah selesai berurusan dengan anda. NEXT!

2. Apabila anda mendapati penemuduga mengikuti gaya anda (mirroring), maksudnya beliau merasakan anda adalah sebahagian daripada syarikat.

TAHNIAH, anda telah berjaya dalam sesi temuduga tersebut.

3. Apabila penemuduga terangkat salah satu bahunya ketika memberitahu kehebatan syarikatnya, kebarangkalian untuk mengatakan syarikatnya tidak hebat adalah tinggi.

4. Sekiranya penemuduga mengatakan bahawa beliau tidak pasti sama ada anda sesuai untuk diambil bekerja tetapi matanya asyik melihat resume anda, sebenarnya beliau masih berminat untuk menerima anda. 

TRY TO IMPRESS HIM/HER MORE!

images

5. Andaikata anda bertanya bilakah anda boleh mendapatkan keputusan temuduga, tetapi beliau membalas dengan “Um, uh, er…”, anda sudah boleh untuk berhenti berharap.

6. Jika anda melihat penemuduga menyengetkan kepala ketika anda bercakap, beliau ingin mendengar lagi makluman dari anda.

Jadi, ceritakan lagi maklumat yang anda boleh sampaikan untuk terus menarik perhatian beliau.

7. Terakhir, jika anda melihat seluruh anggota badannya – kepala, bahu, pinggul dan kaki – menghala ke arah anda, beliau telah terpesona dengan setiap tutur kata anda.

—————————————–

Siapa kata mereka sahaja yang boleh membaca bahasa badan calon? Kini calon juga boleh menilai bahasa badan penemuduga.

Kepada yang akan menghadiri temuduga, Pakar Bahasa Badan ingin mengucapakan selamat berjaya!

Jumpa lagi pada entri yang akan datang.

Ingin tahu dengan lebih mendalam mengenai impak Bahasa Badan dalam hidup anda atau ingin menjemput Pakar Bahasa Badan berkongsi ilmu di organisasi anda, KLIK DI SINI atau hubungi 017-7652769 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *